Pengalaman Bercuti Di Redang - Hari Pertama

Salam, Hai apa Khabar semua??? Bella tangan gatal - gatal la Sebab allergic air laut. Aduiii gatal sungguh. Baru lepas balik mandi laut. Ta...

Salam, Hai apa Khabar semua??? Bella tangan gatal - gatal la Sebab allergic air laut. Aduiii gatal sungguh. Baru lepas balik mandi laut. Tapi, itu nanti Bella cerita. Sekarang Bella nak mengomel pasal REDANG!!! Pengalaman Bercuti Di Redang - Hari Pertama

Redang Terengganu. Syokk habis. Kami bertolak pada hari jumaat. Hari jumaat tu kami kerja lg okey, punyalah prkerja yang dedikasi. hehehe..  Malangnya, walaupun sudah jam 8 malam, kami tetap tak boleh balik lagi sebb ada org busuk hati tahan kami. Cemburulah tu. Kami tak ajak dia. Teruk seumpama tenuk punya perangai. Kami selalunya akan bercuti beramai-ramai bila cuti jatuh 3 hari selalunya 31 august. Jadi kami tak perlulah ambil cuti extra. Cukuplah percutiaan selama 3 hari dan 2 malam. Kami berkumpul di Kota damansara sebab berkonvoi dengan 6 buah kete. Sebelum bergerak, masing - masing semangat pasang bendera Malaysia sempena Hari kemerdekaan.

konvoi myvi, Bercuti Ke redang

Perjalanan sangat la jauh. Kalau kita berkonvoi mesti ada masalah kan? Mesti akan berpecah. Tulah yg terjadi pada kami. Masa memula nk gerak tu semua dah beritahu kita ikut kereta depan sekali. Tapi, ada plak yg ikut map lukis punya. Biasalah tu kan. Kepala lain-lain.  Kereta depan sekali guna GPS dia lagi percaya lukisan kawan dia. Kesudahannya abis semua berpecah. Masa dah suntuk. Bot untuk keseberang pulau tunggu kitaorang sampai jam 9 saja. Jam 7 kitaorang masih jauh lagi dengan keadaan semua kereta berpecah - pecah!! OMG!!!! macam ne ni? 

Satu kereta pula abis minyak. Stesen pam plak semua masih tutup. Kami sepakat gerak dulu mungkin kita boleh slow talk dengan pemandu boat tu minta tunggu sekejap. Dalam kul 8 mcm tu kami berhenti di simpang 3. Trafic light. Berlaku kejadian yang sangat - sangat tidak disangka - sangka.  Kesemua kereta bertemu di simpang tersebut!! SubhanALLAH macam tak percaya!! setiap simpang penuh dengan kereta kawan- kawan yang datang dari pelbagai arah. Sangatlah benar pertolongan ALLAH s.w.t tu dan sampai pada waktu yang tepat. Alhamdulliah.

bercuti ke pulau redang

Sampai dijeti, bot kami dah menunggu. Jadi tak perlulah kami penat menunggu. Weeeehaaa!!! lets go start we explore!!! Jadual yang di Aturkan sangat la best. Sampai - sampai saja kami di resort iaitu Redang Mutiara Beach Resort, kami terus di arahkan bersiap untuk aktiviti snorkeling! bestnya!!! kami terus bersiap dan di bawa ke port snorkling laut dalam.  

bercuti ke pulau redang

Airnya terlalu jernih. Sangat jernih. Sampaikan tak perlu snorkeling pun nampak dari atas bot ikan - ikan yang seronok berenang - renang. Tengoklah gambar atas tu. Korang tinggal campakkan roti saja. ikan melompat - lompat makan. Cantik sungguh. Bella selama ni pergi tak pernah dan sangat la takut nak snorkeling, tapi sampai saja di Pulau Redang ini, Bella terus berani berenang dan snorkeling!!! sangat berani ok. Sebabnya!!! airnya clear gilerrr!! terlalu jernih. Jadi Bella terus jadi berani. 

Bella terus teringat pada satu kata-kata tu,Percaya tak???

              "Kita bukan takut bila kita tidak berteman.. tapi kita takutkan pada kesepiaan"
              "Kita bukan takut pada kegagalan.. tapi kita takutkan pada cemuhan"
              "Kita bukan takut pada kegelapan.. tapi kita takutkan pada apa yang ada didalamnya"

Betul tak? Macam Bella, Bella bukan takutkan air, tapi Bella takut tak terapung. Ahaks.

bercuti di redang

Malamnya kita berBBQ!! Bella memang recommend duduk kat resort ni memang sangat berbaloi. Resort ni tempatnya sangat terhad. Resort nya ada beberapa buah saja. Macam duduk kat Kampung. Semua penduduknya kita akan kenal. Masa kitaorang pergi tu ada 2 group. Satu group semua lelaki dan satu group kitaorang la. Terus jadi best friend kat sana. Apa yang istimewa pasal group tu, dorang kawan dari kecil. Semua satu taman. Walaupun masing-masing ada kerjaya, semua boleh sepakat nak pergi sini. Baguskan??? korang ada??

bercuti ke redang, BFF

Korang bayangkan, kalau orang tak kenal boleh jadi rapat dan berkongsi cerita, apatah lagi sedara mara atau adik beradik kan? Disini for sure akan jadi lebih erat. Apalagi korang? Bolehlah plan bercuti disini. Dalam Malaysia pun ada tempat yang sangat menarik ni! rugi tak pergi. Lepas berbbq, kami semua duk melepak kat tepi pantai. Angin yang sepoi - sepoi bahasa, amatlah nyaman. Bella hanya duduk sambil menikmati suara alam. Paksa HB teman duk sebelah. Sejuk menusuk kalbu ok..

Tiba - tiba, memang sangat tiba - tiba ombak jadi makin kuat!! aikss?? menjerit Bella setiap kali ombak mencecah kaki. Hehehe... Pastu cakap kat HB.. "sayang.. nak hujan kot??" HB kata naik la keatas sikit. Ombak masih sangat kuat!!! OMG!! lari keatas la. Memasing sudah lari keatas.

Tiba -Tiba ribut datang!!! Angin kuat datang membawa pasir. Menderu-deru. Kitaorang pun lari menyelamatkan diri. Kerusi semua terbang keatas dibawa angin. Kami semua lari masuk dalam resort. Salah seorang dari kawan kitaorang jerit taufong!!! taufong!! hahaha.. sepatutnya taufan. Kelakar sungguh!!

Disebabkan ribut yang tetiba datang itu, kami semua tidur awallah jadinya, habislah untuk aktiviti kami.. satu hari ini.. jumpa esok!!

P/s: Banyak gambar takda, sebab kat kamera member. Sedih. Korang cuba banyangkan sajalah yer.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.