Bercuti Ke Cameron Highlands

Helloooo... salam semua. Bella nak cerita dan kongsikan pula mengenai Percutian Bella ke Cameron Highlands yang terletak di Pahang. Sangat...

Helloooo... salam semua. Bella nak cerita dan kongsikan pula mengenai Percutian Bella ke Cameron Highlands yang terletak di Pahang. Sangat Popular la tempat ni. Bella dah pergi banyak kali. Tapi, tak pernah rasa jemu. Dulu cuaca lebih sejuk daripada sekarang.Malam lagi la, bercakap pun macam ada asap keluar. Ingat hantu ikut atas kepala. Rupanya asap keluar dari mulut. Perasan dekat negara sejuk kejaplah. Tapi korang rasa Best sangat ke BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS nie?

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS
percutiaan ke cameron highlamds

CUACA DI CAMERON HIGHLANDS YANG SEJUK 


Cuacanya yang sejuk dan amat damai adalah sebab utama kenapa Cameron Highlands menjadi sangat popular dikalangan orang Malaysia. Suasana memang sejuk. Ubat gigi, syampu, pencuci muka, semua menjadi hampir beku. Bila nak mandi pagi hu mak aiii!!! mengigil-gigil. Satu lagi,  makanan bawa banyak mana pun tak cukup. Asyik lapar je.Pengalaman Bella sendiri, masa pergi bercuti dengan kawan - kawan. Malam tu kami ada aktiviti bakar ayam.Banyak sangat kami bakar dan sangka tak abis. Banyak yang membazir. Kami pun pakat2 bungkus je la bawak balik asrama. Giler!! Tak sampai 1 jam semua lapar balik. Ayam sejuk tu dirasakan terlalu enak!! hahahaha. Berebut lagi. Masa tengah bakar ayam ni, asap kuar dari mulut tau. Terasa over sea sangat. kikiki. 


cameron highlands yang sejuk

STRAWBERI YANG MANIS DI CAMERON HIGHLANDS

Siapa pun yang naik ke Cameron Highlands mesti akan pergi ke ladang strawberry. Kalau kita nak merasa strawberi sepuas - puasnya mesti kena naik Cameron Highlands. Harganya yang berganda lebih murah, dan jika korang makan terus dekat atas ni, strawberi ini terasa amat manis dan sedap.  Korang juga boleh melawat ladang tomato,ladang bunga rose, bunga daisy, lavender dan macam - macam lagi keindahan flora. Bila pagi, jalan utama akan jadi sangat sesak dengan tawaran yang amat - amat berbaloi dari peniaga - peniaga strawberi. Pening kepala nak pilih pula. 
kecantikkan alam cameron highlands

KECANTIKKAN ALAM DI CAMERON HIGHLANDS

Apa yang ingin diperkatakan lagi tentang keindahan alam di Cameron Highlands? Dimana-mana pun tumbuhan yang segar ini hidup dengan indahnya. Tepi longkang dan jalan pun bunga-bungaan ini kelihatan amat cantik dan menarik. Rasa nak bawak balik je semuanya. Perbelanjaan di atas bukit ni lebih kepada membeli buah-buahan dan bunga-bungaan.Cantik sangat!! Tak menahan. Bella suka sangat dekat bahagian kaktus. Ada kaktus gergasi. Sangat menarik. Makin besar cactus tu makin mahal tau. Tapi Bella beli kaktus dekat pasar je. Murah dan bila Bella bawa balik hidup segar. 


LADANG TEH DI CAMERON HIGHLANDS

Ladang Teh di Cameron Highland, bukan saja luas. Tetapi ia juga cantik dan amat terjaga. Cuma bila musim hujan, jalan yang sedkit berlubang dan berlumpur. Pemandangan memang sangat mengasyikkan. Siap ada cafe lagi. Haruslah cuba pelbagaian teh disini. Nikmat sungguh, minum teh panas dalam kesejukkan nipis ni.


ladang teh

tempat menarik di cameron highlands
PENGINAPAN TERBAIK DI CAMERON HIGHLANDS

Penginapan pula, Bella menginap di Equatorial Hotel Cameron Highlands. Cantik. Betul - betul ditepi pasar. Pergi pasar jalan kaki je. Dari bilik Bella pun dah nampak pasarnya. Biliknya besar dan cantik. Sangat lengkap. Nyaman bila udara sejuk masuk dalam bilik. Kebetulan, bilik Bella ada balkoni. Pemandangan sangat indah walaupun kadang kala, berkabus. Bawah hotel ada tempat rehat dan riadah. Sesuai untuk lepak - lepak dengan kawan - kawan. 

bercuti di cameron highlands
keindahan cameron highlands
penginapan di cameron highlands
PASAR BRINCHANG DI CAMERON HIGHLANDS

Sebelum balik KL. Haruslah singgah pasar yang paling glamour di Cameron Highlands iaitu pasar Brinchang. Macam - macam ada. Dekat pasar ini, Bella beli kaktus dan hidup dengan sangat segar. Jaganya pun senang je. Kebanyakkan barangan dijual kat sini bermotifkan strawberry dan tumbuhan. kaktus yang Bella beli tu, Siap - siap beli sekali dengan baja. Tips masa korang nak pilih kaktus yang hidup lama, korang jangan beli kaktus yang banyak daun. Beli yang tak banyak daun. Batang - batang je. Kalau jenis macam tu, senang sikit nak jaga dan senang membesar. Kaktus yang Bella beli dek tepi jalan ni jugalah yang semuanya hidup segar. Sebelum ni, semua mati. Sedih. Ada juga orang jual madu asli. Dorang yang jual ni siap ajak kami rasa lagi. Rasa je la. tapi waktu ni takda sebab nak beli. Sekarang ni rasa perlu beli pula. Orang kata elok campurkan dengan telur ayam kampung, senang nak mengandung. Betul ke?

KEMUDAHAN ATM DI CAMERON HIGHLANDS

Dari mula sampai dah nak balik, kerjanya berbelanja saja. Apa lagi. Menggagau masing - masing cari ATM machine. Landmark dia senang saja. Cari saja Cafe Bella ni. HB plak yang excited lebih.  "Daling, cepat tangkap satu gambar. Nama daling tu". Ok.. hahahaha..kelako. Masa nak ambil duit ni, punya la penuh. Nak shopping sakan ni. 
KEMANISAN TEH TARIK CAMERON HIGHLANDS

Masa dalam perjalanan turun, nampak pula satu cafe tepi jalan berdekatan dengan ladang teh. Mesti boleh rasa teh segar kan? Haruslah singgah. Nikmat hoi! Terasa tak cukup plak segelas. Kek je tak berkesempatan nak cuba sebab perut dan penuh dengan buah strawberi. 

ladang teh cameron highlands

ladang teh cameron highlands
Makan dah, beli kaktus dah, beli cenderahati dah, makan strawberi cicah coklat dah, apa lagi? Jomlah turun balik. Setakat ini dulu Bella nak cerita. Lepas ini kalau Bella repeat lagi naik ke cameron highlands, Bella cerita lagi. Mungkin lebih kepada penginapan yang terbaik di Cameron Highlands.

Selamat bercuti dan semoga bermanfaat.

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.