Tempat - Tempat Mesti Dilawati di Yangon-Myanmar

Assalamualaikum... Salam semua.. Hari ni bella nak share pasal tempat menarik di yangon... Ada ke? Ada tau.. cuma bagi bella rasa agak ...

Assalamualaikum... Salam semua..

Hari ni bella nak share pasal tempat menarik di yangon... Ada ke? Ada tau.. cuma bagi bella rasa agak tak sesuai bagi beragama islam.. Rasa hati agak was2x sikit.

SHAWEDAGON PAGODA 

Tempat pertama yang patut pergi.. SHAWEDAGON PAGODA  Obama pun melawat sini tau.. Tapi bella tak masuk yang berbayar punya bella setakat tangga jer. Tak tau macam ada satu perasaan tak enak. Macam berdebar2x gitu. Jadi bella ngan my dear tak masuk la.. Jadi sape nak masuk tepuk la dada. Menarik. Niat kena betul la. Seni ukir dia kat dalam tu cantik.

pagoda
Tempat sembahyang agama dorang la..

Rakyat sanggup bermiskin janji Shawedagon Pagoda ni bersalut emas. Dengar cite macam tula. Masa bella masuk shawedagon ni rasa nak kopek je batu2x kat tiang tu.. Ne tau kot2x original Ruby ker.. Masa Bella nak masuk tu pergi ngan teksi. Kiranya teksi pertama yang bella naik la. Kena 4Ribu kyat. Rasa murah tp sebenar mahal. Nak naik tu kena buka selipar. Turun2x je dari teksi berebut2x orang jual plastik. Seribu kyat plak tu. Rasa mahal. ribu2x. Yela mind set bella rasa macam arrrgggghhhhh mahalnya. Ribu.

shawedagon pagoda
kena macam ni lah semua org kena bawak selipar ni..

Bella kena bawa selipar dalam plastik tu la..... kotor tau kaki. hish teruk tol. Bella bawak kasut kena pakai stokin. Nasib bawa tisu basah. Tu pun tak cukup.Ni pun abis half day kat sini.

KARAWEIK PALACE

Second place kena pergi..adalah KARAWEIK PALACE kena pergi. Sebenarnya tempat ni sebuah restoran mewah. Tapi oklah dekat dengan tasik dan KANDAWGYI PARK. Jadi tak rugilah kalau kita kesini sebab kita boleh cover dua tempat sekaligus. Oklah ada tasik (walaupun tak bersih). Kitaorang lepak lama gak kat sini siap tgok orang wat baskin lagi.Hensem plak penyanyi tu.huhuhu. Paling best suara dorang sedap.. nyanyi lagu English. Tetiba terasa tak asing walaupun di negara asing.

karaweik palace, kandawgyi park
Nilah restoran ala2x atas kapal gitu...
Bella tak masuk la... Seram takut mahal. Lgpun tak tau halal haramnya.jadi ambik pic kat luar2x je la... tapi serius. Sangat berseni.

KANDAWGYI PARK
sekitar karaweik palace & kandawgyi park
Memang rasa best..Banyak pelancong jepun yang sporting nyanyi sama. Beza sikit ngan kat malaysia banyak muda mudi melepak. Tapi kat sini takda. Mungki kena bayar kot nak masuk. Masa nak masuk ni pun gaduh siap ngan pak guard tu. Yela.. nape nak bayar plak... bukan ada apa2x pun. Dia kata bayar untuk parking. Ada ke patut? Kitaorang naik teksi. Sebab pelancong kan.. tak kan nak lelebih. Takut jadi pe2 hal sape nak tolong?Kawasan dia besar sgt. Kalau rajin jejalan la. Memacam ada.


Lagi.. pic sekitarnya.. 


Sebenarnya ada macam2x lagi. Pertunjukkan silap mata, jualan buku, Kedai makan.. Tapi bella malas la nak berhimpit2x. Takut ada bau. Bella pergi short trip je kan. Jadi kebanyakkan tempat menarik macam sula pagoda dan berbagai jenis pagoda lagi tak leh pergi la. Tak cukup masa. Muzium apa jenis muzium pun bella tak gi. Tapi ada satu tempat ni yang bella teringin nak pergi bila baca journal mat saleh yang pergi kan...iaitu KYAIKTO (GOLDEN ROCK) macam menarik sgt je.

KYAIKTO (GOLDEN ROCK)

Nilah tempatnya..
Tapi bella tak pergi Sebab HB bella tak nak. Bella baca aritu kena jalan kaki. Panjat sampai atas, Tapi actually teksi pun leh bawa kita ke atas. Rasa rugi plak tak gi. Tapi... ada tapi lagi tu... tapi tempat sembahyang dorg gak. Jadi batalkan je la niat. Takut penat panjat x leh pergi ne2x plak.

Bella sambung tempat menarik lain iaitu tempat shopping. Tempat yang ditunggu2x wanita. Hehheheehe Paling popular..Bogyoke Market.. dorang menyebut bojok aug san market. Ia adalah merupakan bazar batu permata yang terletak di pusat bandar pabedan-yangon.Ia telah bermula dari tahun 1926. Jadi memang ada bogyoke lama dan baru.Ia juga terkenal dengan barangan aksoseri, gem, Myanmar ruby, sapphire, jade and pearl are famous for their best quality in the international market. Tinggal pilih je.



BOGYOKE MARKET
tempat shopping di yangon, bogyoke market
Memacam ada.. macam astro plak...
Perlu diingatkan... market ini tutup pukul 5 dan ditutup pada hari isnin. Semua barangan yang dijual adalah sama. Maknanya banyak la kedai yang jual macam stone, kain dan memacam lagi. Jadi sebelum nak beli elok la jejalan dulu. Ne tahu dapat harga yang lagi murah. Tapi bella rasa semua kedai dah berpakat la. Macam semua lebih kurang je,cuma kualiti, warna dan jenisnya je yang sikit berbeza. Ada pelancong yang kata barangan kat malaysia lagi murah. bella tak sure. Bella beli pun sebab nak buat kenangan la. At least ada gak benda yang dibeli.


shopping at yangon, bogyoke market

Okey you all cuci mata dengan pic bella shopping dulu k..Time shopping dalam ni memang panas. Dorang x friendly sgt.HB berpeluh-peluh dan merungut2x... penat2x. Bella laju je jalan. Memacm nak pilih. Semua menarik.Paling banyak aksesori wanita la. Gelang,rantai,cincin, subang dan memang diakui ruby dan jed dari myanmar paling berkualiti.Tp bukan berasal dari yangon. Dari daerah terpencil myanmar.

batu delima

Nilah antara batu myanmar yang bella mampu beli. Ruby tu bella beli satu untuk buat buah rantai dan satu lagi untuk buat cincin... menariknya dua batu lagi PERCUMA!!! hadiah katanya. Happy sgt jumpa kawan lama. Kawan apa... baru je 1st time jumpa kat sini. Bella lupa nak pesan kat HB hati2x ngan orang myanmar yang tau cakap malay ramai yang dah pergi pesan macam tu. Tapi tak tau nape.Ni bella tak tau lagi keasliaannya.Mahal gak tau. Bella tak cukup duit kyatt dia paw duit RM. Kalau original bella untung la. Kalau kena tipu..:'(  adus mampus rugi. Cara dia ckp macam islamic gile. Tawakal kepadaNYA je.

membeli belah di myanmar

Ni plak kain yang bella beli then dah wat baju kurung moden. Cuma kain hitam tu still tak buat lagi. Wat raya tahun depan la.. Tapi bella rasa kain ni pun dorang ambik dari indonesia,sebab bella pernah terbaca pasal kain di yangon ni. Ramai yang kata murah. Ne ada... Sama je macam kat jalan tar tu tapi alnag-alang dah sampai tak beli nyesal plak. Kain hitam tu macam kain batik la, cuma tebal dan x licin. material kain tu macam kain nak buat sarung bantal...haaaa macam tu la.hehehee...


Lukisan ni memang wajib beli. Sangat cantikKkkk!!! bella beli dua. Tapi yang kecil je la.. saiz A4. Semua lukisan diperbuat daripada batu batuan.. takda satu garisan kat lukisan ni menggunakan pen. semuanya adalah susunan dari batu batu.WOW!!! memang cantik. Pastu rambang mata. Kalau larat beli la yang besar. Serius tak nyesal.


Frame kecil ni pun sama... cuma tak kemas sangat la. Adalah celah2x tulisan tu takda batu.. tgok dari jauh tak tau taw keunikkan frame ni. Dekat2x baru tau.


Cenderahati paling penting bagi bella.. memang kalau pergi mana2x bella akan pastikan bella 3 je. Nanti tak muat plak peti ais tu.. Kalau dalam Malaysia satu pun cukup laa.. hehehe. Magnet ni nampak yang cantik je beli je. Sebab bella rasa semua nak dekat sama je harga. Wat penat jalan cari yang murah je.Lain la kalau ada membe kat sana. leh jadi petunjuk arah.

So.. harap semua yang minat travel tu.. atau nak pergi sana dapat idea sikit. Mesti jurnal korang lagi best dari bella. Sebb sekarang dah aman kan... puak rohingya tu dah tak gaduh kan? Tapi please make sure hati2x tau. Bella balik sakit. Lebih baik sebelum pergi ambil vaksin dari doctor. Ada yang dapat naik bas pergi perkampungan yang buat payung tu. Bella tak pergi. Sebab berdua je. Takut.

Kepada blogger atau traveller yang bagi email kat bella.. ampun bella tak balas. Sangatla busy.. nak buka tablet pun x mampu.You all cari kat blog bella je ok. Bella akan update dari hari ke hari.. boleh juga klik je pada link dibawah.

Menariknya-myanmar-yangon-or-ranggon 
Matawang-myanmar
Bahasa-yang-digunakan-di-myanmar
Penginapan-bajet-dan-murah-di-yangon
Pengangkutan-bercuti-di-myanmar

Senang kan? Ikhlas dari sekulit pengalaman bella ke yanggon myanmar... with love. xoxo.

You Might Also Like

5 ulasan

  1. tempat yang menarik dan cantik

    ReplyDelete
  2. salam... nak tanya la... anggaran harga batu delima kat sana...
    nak asing siap2 duhet utk shop delima/ruby kat sana
    hehehe
    email: mazaliamansor@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak surela., tapi banyak juga la saya spend. Siap guna duit rm lagi. Pastu ragu2x plak asli ke aspal. Hehehe. Beli kat boojuk market. Tempat lain mahal.

      Delete
  3. Suasana unik dan menarik bila pergi ke lokasi baru. Lepas tu kena pula tiada sesiapa pun perna jejak kaki di situ.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.