Sunday

Perlu Membuat Visa Untuk Ke Myanmar

Hi semua... so cool. bella lama gile tak buat apa2x post because ada a few problem yang membuatkan bella terputus hubungan ngan blog.. sedihnya. Ok. for this time bella nak cite sal cara-cara membuat visa untuk ke Myanmar. Dulu bella pun Confuse, perlukan visa untuk ke Myanmar???? Perlu tau kawan2x.. Memang tragic sgt nak buat visa ni pun.

Visa, Yangon Visa, Myanmar Visa
Nilah visa. Cop je pun.. haaaa...puiii!!

Bella ambik cuti 1 hari untuk pergi membuat Visa ni. Macam Passport la kan? Takkan benda simple sesimple visa pun tak leh siap 1 hari kan? Pusat membuat Visa yang terdekat dengan Bella adalah di Kuala Lumpur di Ampang Hilir previously bella ada check kat laman web kata hari sabtu buka half day. bella pun pergila. Badly sebenarnya tutup. Means laman web kat situ tak update la tu.

Embassy of the Union of Myanmar
Address: No.8 (c) Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kalau dari KLCC masuk Jalan Ampang arah ke Ampang dan terus jalan sampai jumpa Sucasa Apartment kat belah kiri ... depan sucasa itu ada traffic light masuk kanan ke arah jalan Ampang Hilir (Persiaran Ampang Hilir) ...jalan terus nanti macam jumpa round about kecik ambil ke kiri jalan sikit terus jumpa Kedutaan Myanmar dibelah kiri jalan ... rasanya ada 2 lot tanah sini yang menempatkan kedutaan ini satu yang belah kiri tu mungkin pejabat kedutaan . sementara yang satu lagi kalau dari luar nampak macam parking lot tapi rupanya ialah tempat memproses visa dan membaharui passport pekerja myanmar .

Embassy Myanmar, Membuat visa Myanmar
Betul-betul tepi jalan fuyooo.. ramai an?
Embassy ni tepi jalan tau. Dah la susah cari parking. Maklum la.. Tengah2x bandar. Bella parking jauh. Pastu jalan kaki sikit. Penat pun penat la.. janji berbaloi. Kalau masuk kedalam compound tu nanti nampak ada pejabat visa . pejabat ini macam gerai je ... ada dua pejabat satu menguruskan visa foreigner dan satu lagi mungkin menguruskan passport untuk rakyat myanmar .... dihujung ada plak kantin dan kedai photostat yang diuruskan oleh orang myanmar.

buat visa, visa myanmar
Bumbung merah tu kantin,tepinya ada mesin Photostat
kalau nak buat visa anda terus ke kaunter Visa Section dibelah kanan . biasanya ada 2 orang pekerja dalam kaunter itu ... saya tak pasti kewargaan negara mereka tapi yang  tengah india malaysia dan kiri chinese malaysia ... rasanya laaa ... saya tak pasti tapi semua boleh berbahasa melayu ...tapi seriously sombong!!!! geram giler. Nak dua helai form pun tak bg. Suh Photostat. Teruk.

visa ke myanmar, borang
Contoh form yang bella kena isi aritu.Sehelai je kena isi.
Jangan lupa sediakan gambar yang berlatar belakangkan warna putih. Normally kat kedai cuci gambar tu dia ada sediakan contoh2x yang orang pernah buat. Pilih yang berlatar belakangkan putih.Bukan saiz ic tau. Sediakan satu saja. Jangan lupa bawa passport.Pen pun baik bawakla. Kalau nak pinjam2x susah.
Masa saya mula2 nak ambil borang visa tu dalam kul 9:30 pagi.Tengok punyalah ramai orang beratur.Tapi .... rupanya mereka rakyat myanamr ada kaunter lain . foreigner macam org malaysia ini ada kaunter lain ..puhhhh lega kalau tak memang panjang laa nak beratur..ok siap isi boring sambil beratur. Seriously memerlukan kesabaran yang kuat.!
Visa, Myanmar, Visa Myanmar
Sian My Dear,Bella pun beratur sampai nak tercabut lutut. Tak tahan..

Sebenarnya kita tak perlu pergi sendiri buat visa ni ... boleh wakilkan kepada sesiapa je. Kebanyakkan yang datang adalah agent pelancongan yang bawak passport punyelah banyak.Tapi ada yang kena tolak sebab borang yang dia  isi lengkap,jadi korang kena pastikan lengkapkan borang aplikasi tu tau.Pastikan anda dah tahu kat mana nak duduk kat myanmar nanti sebab dalam borang tu anda kena tulis alamat kat myanmar.Kalau kat hotel tulis je laa kat mana2 hotel kat myanmar tu,dalam borang tu juge nanti akan akan tanya siapa yang keluarkan passport kita.letak ikut yang tertulis di Passport.Mesti ada kat belakang tu punyala..
kaunter kat section visa ni buka jam 9:30 hingga 12:30 tengahari untuk submit permohonan dan jam 4ptg hingga 5 ptg untuk collect visa,biasanya permohonan normal akan diproses selama 2 - 3 hari.Kalau submit hari rabu paling cepat boleh collect hari jumaat tapi kalau nak collect same day boleh juga kena bayar RM150 kalau normal bayar RM80 je untuk visa pelancong ini harga bayaran yang bella dapat dari internet la...tapi time bella buat aritu punyalah tragic, bengang dan lain-lain2x la perkataan yang sesuai untuk diungkap.
Bengang giler!!! bella beratur dari pukul 9.30pagi lagi.Kalau datang awal pun pagar bukan buka pun.Sesampai pun dah memang ramai orang. Beratur punya beratur lagi seorang depan bella je lagi.Ngam2x pukul 12.30. Even dia Nampak orang yang beratur panjang lagi,dia tetap tutup kaunter tu. Depan bella amoi. Kitaorang sesame merayu2x suruh ambik  satu je lagi. Kitaorang pepagi dah beratur. Tapi dia buat tak tau je. Tetap tutup kaunter tu. Ada tempat ke nak buat complain? adus.. tension!!
Memang BB! tul!!! bayangkan.. lagi seorang je kan depan. Lagi 4hari bella dah nak fly ke yangon dah.Airmata dah bergenang. Tinggal nak melimpah je. Yela..ne lagi nak apply cuti. Dah tak sempat. Then bella suruh my dear Tanya kan pada agent kat situ nasib ada abang tu nak tolongkan kitaorang buat. Tapi mahal la. Sekali upah.2 orang dekat 4ratus gak la.Hmmm takpelah daripada bila difikirkan balik nanti beratur penat-penat sekali lagi tak dapat buat cane? Tak mau la ambik risiko. Jadi setuju jelah abang tu buatkan. Bagi kat dia passport, pic 1 dan borang yang dah lengkap disi tula.... Memang pengalaman yang tak dilupakan. 
Dapatlah resit ni dan visa yang x seberapa tu.

Okey... jadi kat sini bella rasa baiklah kita suruh runner je yang buatkan untuk kita.Even kita bayar lebih sikit kat runner atau agent tu lagi berbaloi. Memang kita rugi dari segi duit. Tapi untung dari segi masa, penat, bau-bau, badan melekit dll. Atau mungkin saya pergi salah time kot. Ntahla..
So.. harap mendapat sedikit ilmu yang boleh dikongsikan disini... daaaa.....


9 comments:

  1. syoknye dpt jenjalan kat negara org
    yg penting kene ade pasport

    follow sini..ke 123..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Hі theгe frіendѕ, niсe post and gοoԁ argumеntѕ сommenteԁ at thiѕ place, I am genuinely enjoying bу
    these.

    Tаkе a look аt mу ωeb sіtе; payday loans

    ReplyDelete
  4. yumida huda.. thanks sudi jadi kawan.. memang best la.. ada kelainan adat kat situ.

    ReplyDelete
  5. hye bella...i nak pg yangon next week.jz nak double cek perlu visa ke sana?sbb tnya dgn tour agent dia org ckp baru berkuat kuasa xperlu visa da.So i pun a bit confused.thanks

    ReplyDelete
  6. tak sure plak.. cuba u double check kat laman web emigresen tu.. mungkin lagi up to date. Tp teman FB bella baru je g last week. Dia pun wat visa.

    ReplyDelete
  7. salam ukhwah..
    sila layari blog saya pula di :-
    www.roda79.blogspot.com
    ..TQ

    ReplyDelete
  8. Bella, saya miza. nak tanya.. di Myanmar bella ada ke naw phi taw tak? just nak tau, fligt dari yangon ke sana..

    www.facebook.com/sharifah.salmiza

    ReplyDelete

Thank you sudi jadi kawan bella anda amat bella hargai. Terharu sangat!

Have Fun!!

Blog Archive